Sunday, 3 September 2017

Budak noob buat Biskut choc chip!



"Kak, dari ko tak buat apa-apa time cuti ni baik ko buat kek ke...biskut ke..ada lah buat mengunyah nyaa. Ini tidak, pemelas betul nak buat nya..oven dah ada, tinggal baca resepi kat PAKCIK GOOGLE je haa.!"

"Laa mak baru tahu ke? kakak tu memang pemalas tahap dewa...Nak suruh buat biskut? haaa memang bertahun2 la jawab nya kalau nak merasa hahah"

Cehh sempat lagi adik aku kutuk aku eh, kakak ko sebenarnya terer okay! part Malas tu memang betul lah hahah! tapi tak apa, aku sahut cabaran., sebenarnya ni first time buat biskut, yela ..Dulu rumah aku mana ada oven. Semenjak mak pandai guna hp ni. Semua resepi nak Try. Buat nya tidak heheheh.

MARI KITA BACA RESEPI CHOC CHIP PALING MUDAH,
   BUDAK DARJAH 3 PON BOLEH BUAT, AYUH!

BAHAN BAHAN:
1/2 cwn Butter
1/3 cwn gula halus
1 sudu kecik esen vanila
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
choc chip(Ikut suka banyak nak banyak mana.)
Susu krimer sejat(yang ni tak letak pon tak apa,)

CARA-CARANYA:
-Sebatikan butter dengan gula halus.  Sampai la gula tu hancur sikit.  
boleh guna senduk ke, whisk ke...nak lagi mencabar pakai mesin drill suami kat rumah hahaha gurau. Butter pulak, aku lebih gemar guna Butter jenama ANCHOR, Kalau nak pakai butter lain pon boleh kecuali batu bata, hahah

-Lepastu masukkan 1 sudu kecik esen vannila. dah masukkan korang pi la sebati kan lagi.

***TAMBAHAN SENDIRI**
-Aku letak susu krimer sejat sikit, dalam setengah cawan, sebenarnya dalam resepi tak ada pon suruh letak, tapi entah, saja nak cubatrytest! Dah letak tu, kita gaul lagi..
(tak payah letak susu pon tak ape.)
*****************************
-Masuk 1 cawan tepung gandum,  1/4 sudu 
baking powder dan 1/4 sudu baking soda. Gaul sebati
-And paling last sekali, masukkan choc chip dan gaul rata. Korang letak la choc chip nak banyak mana pon, kalau boleh letak sikit je, sebab nanti manis sangat uolls,

-Simpan kejap dalam peti ais, sebenarnya resepi tu tulis dalam 15 minit, tapi saya simpan dalam 20-30 minit
Lepastu korang keluarkan, And buat macam ni, 


"Scoop guna sudu kecik dalam loyang....bagi jarak skit...bakar 170° 20 minit 
(adjust ikut oven masing-masing yer)"
(Gambar dan caption ni amik dari penulis blog share resepi biskut ni, pinjam hee.)

Foto Faranym Rosmn.

saja bagi gambar gelap sebab biskut yang aku buat ni agak hodoh hahah.
  mama tanya "why biskut ni macam cacing kepanasan je? ehh ketuk tangan kang baru tau. Buat elok-elok la lain kali !" haha kena marah dengan mama T_T

sambil nak menunggu tu mari kita menyanyi, 
"Menghituuuung menungguuuu maaa.."
eh pahal aku nyanyi lagu eman tino ni?

TINGGG, SIAP!

Tak sempat ambil gambar pon sebab dah kena rembat, lagipon bentuk nya tak cantik hahaha tak syok la kan klu nak tunjuk,

Simple mimple kan ? Tak payah pakai telur pon, easy je. Resepi ni aku baca di
blog TENGKU BUTANG yang didapati dari facebook NOR IZAN MUSTAPA
Lepas ni buat kuih raya sendiri pon boleh kan? just cari kat GOOGLE je, Beribu resepi kita nak. Mudah uolls.

Image result for flip hair gif

Flip hair sikit sebab orang puji sedap. hahahahahhaha