Thursday, 23 March 2017

TAK PANDAI BACA AL-QURAN

Assalamualaikum.

 Ok, ni kisah aku yang tak reti nak baca Al Quran. Aku memang bebal. dari darjah 1 hingga ke 6 aku masih baca iqra 3. Ramai orang dah Al quran. aku sorang je masih iqra 3. yep.

 aku memang malu sangat time tu. kadang2 waktu time tasmik tu.(kelas baca alquran) aku sorokkan kertas bacaan aku atau iqra tu pon aku sorok jugak.

biar diorang tak tahu aku iqra berapa hahaha.

waktu darjah 4, setiap kali ustazah/ustaz cek bacaan al quran. aku pergi tandas. bukan sekejap. lama tau! duduk je dalam tu. mana tak nya. Malu bila kawan aku tau aku tak pandai baca Al quran! duduk la dalam tandas bersama dengan syaitan sampai habis loceng. 

pernah suatu hari tu. aku tak sempat nak pergi tandas. ustaz suruh aku baca.
what the fish! nak lari tak boleh. rasa nak menangis sangat time tu. untuk pengetahuan korang. kelas tu ramai budak pandai. Mungkin aku sorang je kut budak bebal kat situ. hahah malas nak belajar.

Ustaz paksa aku. Aku cakap tak boleh baca. pastu ustaz cakap"hish kamu ni." dia suh orang len pulak baca. Aku tekup muka aku kat meja haa menangis situ puas2.

Dalam hati aku cakap"best nya la orang pandai mengaji. aku pon nak jugak" puas aku menangis waktu tu.

perkara ni sampai la ke darjah 6. memang aku tak reti baca langsung. 

Sampai Form 1. Mak aku suruh belajar dekat satu tempat ni. Aku mula dengan iqra 2 beb. hahaha lagi bawah la. tak apa la. Aku kena berusaha.

bayang kan. Berapa tahun aku baca iqra tu. mungkin satu tahun atau lebih.. sebab aku selalu ponteng hahaha. tak baik betul aku ni. Form 3 baru aku baca Al quran.

Masuk je Al quran. Aku sedar.  Ya allah cepat nya masa berlalu. hahah

Dari bebal sehingga lah aku boleh baca Al quran sikit-sikit.

Form 4 pulak dah masuk surah baru. Agak mencabar sikit la sebab ustazah selalu tanya tentang tajwid. kena masuk dalam otak ye rakan-rakan...

"Eh ko tak malu ke? dah besar pon tmasih belajar ngaji lagi?"

Tak. Aku tak malu pon. kenapa nak malu. Kalau amalkan sikap malu tu. memang ko takkan pandai. Tak payah Malu! Nanti kalau mak ayah meninggal. Siapa lagi nak baca kan yassin kalau bukan Kita lah kan? 

Belajar lah. walapun kau tua sekali pun. Ada je orang tua ngaji kat tempat aku. Iqra lagi.
Itupun gagap macam aku jugak. Aku yakin lah orang tua tu mesti pandai baca Al Quran nanti. sebab apa? satu perkataan je. BERUSAHA. Orang tua tu pon tak malu. kagum aku.

Biar lah orang nak kata apa. Ini pun untuk kebaikan kau jugak. yang penting kau kena yakin. apa yang kau buat ni memang betul.

Perlahan-lahan. lama-lama insya Allah boleh. Dari tak pandai hingga pandai. 

Time periksa dulu. darjah 6, kena baca jugak Al quran depan ustazah. Tah apa aku baca. bedal je. sebab aku tak tahu langsung. Ustazah pun bagi markah rendah je. Lagi sekali nya aku lah paling corot dalam markah tasmik tu. aduii kisah lama.

Tak payah MALU. tak payah SEGAN  kerna malu itu perisai orang beriman.

eh apahal? 

  Image result for berusaha untuk berjaya




Akhir kata. Cuba lah. rajin kan diri. walaupun tak pandai tapi kalau ada belajar sikit-sikit pon jadi lah. dengar mp3 ke. hayati. bukan Norhayati hokay. 


apapun. berusaha sampai berjaya!