Wednesday, 2 August 2017

Susah tido? ASMR!

                Image result for ASMR TUMBLR

"kalau kau susah tido kau buat apa?"
"scroll fb,insta. kenapa? Ada cara lain ke? ko nak kongsikan apa pulak ni?"
"Adaaa! kau tryyyyyyy *bunyi pukulan drum*"


ASMR! asmr ni Autonomous sensory meridian response, macam braingasm jugaklah..
Aku start kenal asmr time aku ada anxiety, cara nak bagi relax. Tapi sebenarnya bukan untuk yang susah tido je, anxiety boleh, stress pon boleh. 

Asmr ni video yang boleh buat kau rasa tenang dan rasa geli-geli sikit.(bukan geli rasa nak ketawa eh.) Senang cerita macamni la, video ni dia buat roleplay, tau kan roleplay tu apa? Dia rakam diri dia kat depan camera then dia buat sesuatu contohnya macam dia makeup kan kamera dia tapi seolah-olah dia makeup kan kau, paham tak?

                     Image result for makeup asmr video 

Macam ni, tapi dia bukan buat makeup je eh, banyak lagi..macam gunting rambut ke..berbual ke...Ada jugak bukan jenis roleplay...contohnya dia buat macam ombak tepi laut..whispers atau bunyi hujan dan air sungai yang mengalir.

Kalau nak tengok video ni lagi afdol (afdhal kata kooo) pakai earphone, Lagi rasa puas lah dengarnya. wifi laju juga memainkan peranan ye kawan-kawan. Nak tengok video ni pon banyak cekadak jugak tau, kena tengok tempat yang tiada gangguan bunyi dan time yang terbaik adalah sebelum tido.

"Ada cara lain tak selain ASMR ni? Macam tak berhasil je.. Nak yang paling mudah la,"

Kalau macam tu sila kan bangun dari tempat tido anda lalu pergi cari buku teks sejarah ataupun matematik bukak muka 1 sampai 10. nescaya belum sampai 1 mukasurat rasa nak tido. sekian dari saya.